Thursday, December 30, 2010

Cuci-cuci mata ...

    Pisang..pisang..pisang....Anak benih ini masih dalam pemantauan, setiap hari anak benih ini akan disiram oleh pekerja-pekerja yang bertugas. Anak-anak pokok ini dijaga dengan baik seperti menatang minyak yang penuh bagi memastikan kualitinya terjamin. Hanya anak benih yang terbaik yang akan dipasarkan.
    Kesemua anak benih ini adalah benih-benih yang terpilih dan hanya baka tertentu akan dibiakkan melalui kaedah tisu kultur. Setelah plantlet berakar iaitu selepas 1 bulan, plantlet tersebut akan ditanam didalam polibeg seperti yang ditunjukkan pada gambar diatas. Anak benih sedia dijual setelah 2 bulan ditanam didalam polibeg. 

Tuesday, December 28, 2010

JUALAN BENIH PISANG

BERANGAN
Jantung mula terbit(bulan): 7-8
Tuai hasil selepas jantung terbit(hari): 80
Purata berat tandan buah(kg): 17-20
Harga borong(RM): 1.80

MAS
Jantung mula terbit(bulan):6-7
Tuai hasil selepas jantung terbit(hari):55
Purata berat tandan buah(kg):10-13
Harga borong(RM): 1.80


 TANDUK
Jantung mula terbit(bulan): 7-8
Tuai hasil selepas jantung terbit(hari):80
Purata berat tandan buah(kg): 7-9
Harga borong(RM): 2.60



 NANGKA
Jantung mula terbit(bulan):9-10
Tuai hasil selepas jantung terbit(hari):90
Purata berat tandan buah(kg): 10-15
Harga borong(RM):1.80

Ada apa dengan pisang??

Seperti yang kita semua sedia maklum, buah pisang banyak kegunaannya.Ini boleh diproses untuk dijadikan sebagai kerepek, dimakan segar, salai, jem, serbuk tepung, puri pisang dan lain-lain lagi. Pisang juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk membuat kek yang sejak kebelakangan ini mendapat permintaan ramai. Pisang boleh dijadikan penkek dan jemput-jemput sebagai sajian di waktu pagi. Kadar fiber yang tinggi dalam pisang dapat pmembantu dalam proses mengempiskan perut dan mengatasi masalah sembelit. Ini amat sesuai dalam diet pemakanan. 

Saturday, December 25, 2010

Coret-coret tentang pisang

Pisang merupakan antara buah tempatan yang paling popular di rantau Asia kerana buah ini senang ditemui malah harganya juga murah. Kebiasaannya tanaman pisang ini ditanam sebagai tanaman sampingan. Namun kini setelah wujudnya biotenologi yang semakin berkembang dengan baik penanaman pisang bleh dikomersialkan melalui teknik tisu kultur.


Kelebihan Tisu Kultur :
  1. Benih dapat diperoleh dalam kuantiti yang banyak.
  2. Kadar pembiakan yang tinggi dan cepat.
  3. Pokok cepat membuahkan hasil (6-7 bulan selepas proses penanaman dijalankan) dan buah yang dihasilkan adalah seragam.
  4. Kurang risiko penyakit, anak-anak pisang yang dihasilkan bebas daripada jangkitan mikroorganisma. Sehubungan dengan itu, hasil berat tandan buah yang dikeluarkan adalah bermutu tinggi.
  5. Bahan yang perlu digunakan bagi penanaman boleh dihasilkan pada
  6. Ketinggian pokok yang sederhana (7-8 kaki).