Friday, February 11, 2011

Bahaya siput kepada getah

Siput merupakan antara haiwan perosak yang boleh mengancam tanaman, terutamanya tanaman getah.Tatkala anda memeriksa keadaan tanaman getah anda dan kemudian anda mendapati terdapat banyak daun yang terkoyak. Besar kemungkinan tanaman anda diserang oleh haiwan perosak ini iaitu siput. Siput akan menyerang tanaman dengan memakan daun-daun pokok yang berada di kawasan penanaman. Bukan itu sahaja ,kehadiran haiwan perosak ini dapat dikesan dengan terdapatnya sisa-sisa daun yang berwarna keperakan dan berkilat.

Jadi, bagaimana cara mengatasi permasalahan ini?
Terdapat dua cara yang boleh diambil bagi mengatasi permasalahan ini. Sama ada melalui cara  manual atau dengan menggunakan bahan kimia.
Cara manual yang dapat diaplikasikan adalah dengan menanam atau membakar siput-siput tersebut .Bagi yang berminat menggunakan bahan kimia, umpan dapat dibuat dengan membuat campuran dedak,kapur,simen, dan Meradex dengan menggunakan nisbah 16:5:3:2. Campuran ini perlu diletakkan di tapak semain setelah dilembapkan














Tuesday, January 25, 2011

AMERICAN ALOE VERA



BELALANG MENGGANGGU TANAMAN

Belalang adalah sejenis haiwan perosak yang akan mengganggu tanaman getah terutamanya pada peringkat penyemaian .Belalang akan bertindak dengan memakan daun-daun pokok anak getah yang masih muda.
Bukan sahaja memakan daun malah tangkai juga dimakannya.
Bagi mengatasi masalah gangguan haiwan perosak penggunaan racun serangga Thiodan dengan sukatan 1.5 ml/liter air .Semburan dilakukan 1 hingga 3 minggu sekali bergantung kepada kekerapan serangan.

Monday, January 17, 2011

ALAMAK ADA HAIWAN PEROSAK!!!

Bagaimana cara pengurusan perosak dan penyakit bagi tanaman getah?
Pokok getah sama sahaja seperti tumbuhan lain, turut berhadapan dengan masalah serangan perosak lain. Perhatian perlu diberikan sejak peringkat awal lagi bagi menjamin kualiti pokok yang dihasilkan.
Mari kenali beberapa jenis haiwan perosak dari peringkat penyediaan anak pokok penanaman sehingga ke peringkat pengeluaran lateks.

SERANGAN PEROSAK

a. peringkat anak pokok


   TIKUS.
pokok akan diserang oleh haiwan perosak ini pada peringkat percambahan biji benih dan penyemaian
Tikus ini gemar memakan biji-biji benih yang sedang bercambah dan daun-daun anak pkok semasa peringkat penyemaian.
 Jadi bagi mengatasi masalah ini bekas-bekas yang digunakan bagi proses percambahan biji benih perlu ditutup .Ini bertujuan bagi menghalang tikus dari memasuki bekas tersebut.
Selain itu, sediakan penutup bekas yang diperbuat daripada dawai halus dan dilengkapi dengan pagar plastik. Antara cara lain yang dapat digunakan adalah dengan menggunakan kaedah kimia iaitu dengan membeli umpan tikus. Sarang-sarang tikus juga perlu dihapuskan dan tikus-tikus itu juga dihapuskan


 

Sunday, January 9, 2011

SWEET 18...


HAPPY BIRTHDAY TO ME
HOPE EVERYTHING WILL GOING FINE
NOW I'M 18 YEARS OLD
SEMANGAT  BARU ,AZAM BARU ,
DAN SEMOGA BISNES BERJALAN DENGAN LANCAR,