Friday, February 11, 2011

Bahaya siput kepada getah

Siput merupakan antara haiwan perosak yang boleh mengancam tanaman, terutamanya tanaman getah.Tatkala anda memeriksa keadaan tanaman getah anda dan kemudian anda mendapati terdapat banyak daun yang terkoyak. Besar kemungkinan tanaman anda diserang oleh haiwan perosak ini iaitu siput. Siput akan menyerang tanaman dengan memakan daun-daun pokok yang berada di kawasan penanaman. Bukan itu sahaja ,kehadiran haiwan perosak ini dapat dikesan dengan terdapatnya sisa-sisa daun yang berwarna keperakan dan berkilat.

Jadi, bagaimana cara mengatasi permasalahan ini?
Terdapat dua cara yang boleh diambil bagi mengatasi permasalahan ini. Sama ada melalui cara  manual atau dengan menggunakan bahan kimia.
Cara manual yang dapat diaplikasikan adalah dengan menanam atau membakar siput-siput tersebut .Bagi yang berminat menggunakan bahan kimia, umpan dapat dibuat dengan membuat campuran dedak,kapur,simen, dan Meradex dengan menggunakan nisbah 16:5:3:2. Campuran ini perlu diletakkan di tapak semain setelah dilembapkan