Monday, January 17, 2011

ALAMAK ADA HAIWAN PEROSAK!!!

Bagaimana cara pengurusan perosak dan penyakit bagi tanaman getah?
Pokok getah sama sahaja seperti tumbuhan lain, turut berhadapan dengan masalah serangan perosak lain. Perhatian perlu diberikan sejak peringkat awal lagi bagi menjamin kualiti pokok yang dihasilkan.
Mari kenali beberapa jenis haiwan perosak dari peringkat penyediaan anak pokok penanaman sehingga ke peringkat pengeluaran lateks.

SERANGAN PEROSAK

a. peringkat anak pokok


   TIKUS.
pokok akan diserang oleh haiwan perosak ini pada peringkat percambahan biji benih dan penyemaian
Tikus ini gemar memakan biji-biji benih yang sedang bercambah dan daun-daun anak pkok semasa peringkat penyemaian.
 Jadi bagi mengatasi masalah ini bekas-bekas yang digunakan bagi proses percambahan biji benih perlu ditutup .Ini bertujuan bagi menghalang tikus dari memasuki bekas tersebut.
Selain itu, sediakan penutup bekas yang diperbuat daripada dawai halus dan dilengkapi dengan pagar plastik. Antara cara lain yang dapat digunakan adalah dengan menggunakan kaedah kimia iaitu dengan membeli umpan tikus. Sarang-sarang tikus juga perlu dihapuskan dan tikus-tikus itu juga dihapuskan


 

No comments:

Post a Comment